Kelas Asas Microsoft PowerPoint

29 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Ogos 2020, Jumaat, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft PowerPoint yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang pekerja swasta lelaki.

Antara pengisian kelas adalah mempelajari asas Microsoft PowerPoint dan fungsinya. Peserta dibimbing dengan cara membuat slaid perbentangan dan didedahkan dengan penggunaan ilustrasi seperti bentuk, gambar, carta bar dan jadual dalam Microsoft PowerPoint. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan penggunaan transisi dan animasi untuk melengkapkan lagi slaid perbentangan yang dihasilkan.

Diharap apa yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali